Thursday, October 9, 2008

AMALAN UNTUK PASANGAN YANG BERKAWIN

Paparan saya , Tafsiran anda …

Renung-renungkan dan selamat beramal …

Cium sebelum pergi kerja ( pasangan Kahwin )

Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam , nak kemana-manapon , bila kena berjauhan ngan suami dan anak2.

Untuk makluman semua . Saya dapat e-mail ni dari kawan . Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun 2004( gambar muka depan Siti Sharizah ), ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami .

Di dalam artikel itu , dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar , para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat . Bukan setakat itu sahaja , suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun .

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik , proses berulangan diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.

Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang telah dilakukan . Sudah pastinya , kesahihannya tidak dapat disahkan secara100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambil kira .

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga . .
Saya tidak nafikan , ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerjamasing - masing .

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka , ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi .

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya . Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini . Dan yang disarankan adalah selama 10 saat . Dalam kes ini , saya ingin menceritakan kisah saya . Setelah membaca artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki ), hati saya begitu berkobar-kobar untuk menpraktikkannya , lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini .

Namun , saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak . Kerana pada anggapan saya , orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang . Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik , sebab itulah saya sedikit musykil .

Walaubagaimanapun , memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya . Tapi pada tangan jugalah , bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya .

Namun , misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya .

Walaubagaimanapun , saya tetap meneruskan niat itu dengan menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini . Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut ( tapi yang cari lain tu saya tak sebut , hehehe ... malulah ) .

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengan cadangan itu . Macam tak percaya ! Seronok rasanya . Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami . Walaupun nampak tidak besar mana , tapi ianya penting .

Maka pada hari-hari yang seterusnya ( sekarang dah masuk satu minggu kot ) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja . Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi -pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta .

Di dalam buku psikologi yang saya baca , anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya . Kalau baik yang dilakukan , baiklah tingkahnya .

Kalau tidak baik yang dilakukan , maka tidak baiklah juga hasilnya . Apa yang ingin saya katakan ialah , pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja.Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti , saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah.Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen , saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar .

Keajaiban berlaku ( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang , dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta .

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya ,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya .

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini . Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga . Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi .

Oleh itu ,para pembaca ...yang tidak pernah melakukan perkara ini , apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang . Untuk menyuburkan lagi kasih sayang antara suami isteri , untuk memberikan variasi baru dalam perkahwinan , untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan memanjangkan lagi umur suami tersayang . Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu yang baru .
Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya . Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya . Tidak bertangguh , namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan rumahtangga . . jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba . Dalam rumahtangga , harus ada kelainan sepanjang masa , barulah lebih bermakna .

Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje .... betul tak ? Saya yakin para suami akan sukakannya , maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang , benarkah begitu wahai para suami ?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini ? Dan dalam artikel itu juga , dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu .Sekiranya beliau tahu , pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini .

Oklah , saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat .Amin .. .
Cuba cubalah ... praktikkan !!




Bnb...............UPM

Sen di Le mah

Penulis dalam usia sebegini telah merasainya bahawa masalah otot dan sendi lemah ianya tidak terhad kepada golongan yang muda yang aktif sahaja malah terlibat dari golongan orang lama yang telah berusia sekitar lima puluhan “ apo nak di kato “ kerana ia turut berlaku pada bila-bila masa, apatah lagi dengan bantuan pelbagai peralatan moden seperti lif, kereta dan alat kawalan jauh, sehingga menyebabkan ramai mengamalkan kehidupan statik.


Malah, jika pergi ke pusat beli-belah, seboleh-bolehnya kita mahu meletakkan kenderaan betul-betul di depan pintu masuk supaya tidak perlu berjalan jauh. Ini antara senario biasa dalam hidup kita. Jika dihitung, agaknya kita hanya berjalan beberapa meter dalam sehari ke Pejabat tidak tahulah kalau pergi membeli-belah tempat yang ada nama. Begitu untuk pergi ke tempat ibadah seperti Masjid atau Surau kalau boleh kenderaan atau motor di letak betul-betul dekat Masjid atau Surau.


Namun di sebalik keselesaan ini, terselindung keburukan kerana otot dan sendi yang kurang digunakan akan menjadi lemah. Akibatnya, kita mudah mengalami masalah sakit sendi dan otot, walaupun hanya melakukan kerja atau aktiviti ringan.

Mungkin ramai tidak sedar, tetapi inilah masalah paling biasa dan dianggarkan setiap satu daripada empat orang mengalami sakit sendi setiap hari. Menurut perunding fisioterapi, pada peringkat usia 20-an, kebanyakan masalah sakit sendi dan otot berlaku pada lelaki disebabkan aktiviti lasak serta kecederaan sukan seperti pada lutut, buku lali dan bahu.


Dalam usia muda begini, masalah sakit sendi dan otot cepat hilang kerana tisu masih rancak menjalani proses pemulihan. Sengal sendi orang dewasa biasanya disebabkan kecederaan ligamen, bursa atau tendon yang mengelilingi sendi.


Menjelang usia 30-an, iaitu peringkat kebanyakan orang menjadi kurang aktif, kes sakit sendi, terutama leher dan belakang, semakin kerap berlaku, sama ada bagi lelaki atau wanita. Ia berpunca daripada perbuatan berulangkali pada kedudukan statik dan tidak banyak bergerak contohnya terlalu lama di depan komputer, menyebabkan ramai mengadu mengalami sakit bahu dan lenguh belakang.


Pada usia 40-an pula, masalah sakit leher dan belakang lebih banyak berlaku pada wanita yang disebabkan tekanan kerja dan keluarga. Jika kesakitan dialami ketika berusia 30-an dulu tidak diatasi, gejalanya akan menjadi lebih seri us apabila usia meningkat, apatah lagi jika mengamalkan gaya hidup tidak aktif dan kurang bersenam.


Apabila usia seseorang itu meningkat ke 50 atau 60 tahun, otot dan sendi menjadi lebih lemah akibat proses penuaan dan kecederaan silam. Otot dan sendi adalah tisu hidup yang boleh dikuatkan semula melalui senaman, tidak kira berapapun usia seseorang. Bagi orang tua atau orang lama, aktiviti seperti berjalan perlahan juga boleh membantu menguatkan sendi mereka. Kalau anda kurang percaya tunggu dan rasakan selepas usia anda keperingkat ini pengalaman mengajar ertinya perkara tersebut.


Menurut pakar perubatan katanya : “Ramai anggap mereka perlu pergi ke gimnasium untuk menguatkan sendi. Ini kurang tepat kerana sambil dudukpun kita boleh membuat latihan sendi, iaitu dengan menggerakkan kaki dan tangan. Otot dan sendi akan memberikan gerak balas positif jika senaman dilakukan dengan betul.


“Jika masalah ini tidak dipedulikan, ia boleh meningkatkan risiko keretakan tulang dan menghadkan pergerakan seseorang apabila berusia 70 atau 80 tahun yang lebih kerap berlaku pada kaum wanita. Sedihnya ketika usia ini tindak balas badan terhadap ubat dan senaman lambat yang mungkin disebabkan masalah kesihatan lain” .


Justeru, sakit otot dan sendi tidak boleh dipandang ringan. Dapatkan bantuan pakar seawal mungkin supaya kesakitan tidak berlarutan sehingga boleh menjejaskan pergerakan atau aktiviti harian. Kata pakar perubatan, pengambilan ubat perlu disertakan dengan latihan fisioterapi. Pengurusan sakit otot dan sendi dibahagikan kepada tiga peringkat.


Peringkat pertama ialah fasa akut (tiga hari pertama sehingga dua minggu selepas sendi sakit). Ketika ini tisu otot dan sendi mengalami keradangan, menyebabkan ia bengkak dan sakit. Kesakitan boleh diredakan dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDS). Jika tisu lembut terkoyak teruk, pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan.

Peringkat kedua iaitu fasa sub-akut (hari ketiga hingga 12 minggu), badan mula menghasilkan tisu baru, kesakitan atau bengkak mula men yus ut dan inilah masa terbaik melakukan latihan fisioterapi. Namun jika kesakitan berterusan sehingga melebihi tiga bulan, ini menandakan otot atau sendi mengalami keradangan berlanjutan dan perlu mendapat rawatan sewajarnya bagi mengelakkan tisu berparut, ketegangan dan kesakitan.


Mungkin khidmat pakar pemakanan dan psikologi diperlukan bagi membantu pesakit. Perunding Kanan Jabatan Perubatan berkata soal selidik ke atas 5,206 responden pada 2003 mendapati, satu daripada lima orang mengadu mengalami sakit lutut berpanjangan, dengan 78.6 peratus mengambil ubat tahan sakit (analgesik) dalam tempoh enam bulan lalu. Daripada jumlah ini, 18.1 peratus mengambil ubat tanpa tahu nama ubat dimakan.


“Masalah sakit sendi paling biasa ialah osteoartritis, terutama golongan tua, dan kebanyakannya mengambil ubat NSAIDs, COX II dan parasetamol untuk hilangkan rasa sakit. Parasetamol mungkin kurang popular kerana ia perlu diambil empat kali sehari walaupun ia mampu memberi kelegaan,” katanya pada pelancaran Panadol Extend.


Kajian terhadap parasetamol berformula baru dengan kandungan 665 miligram satu tablet didapati mampu memberi kelegaan selama lapan jam kepada 25 pesakit osteoartritis dengan usia purata 58.5 tahun, mengalami ketegangan otot pada waktu pagi kurang 30 minit yang menghidap masalah itu melebihi dua tahun.

Diberikan parasetamol tiga kali sehari, responden menunjukkan perubahan positif selepas seminggu dan pergerakan kaki lebih baik pada minggu keempat. Mereka boleh naik turun tangga, menaiki kenderaan dan menggunakan tandas tanpa masalah serta tidak mengalami kesan sampingan.


Menurur pakar perubatan katanya : “Parasetamol berformula baru tidak saling bertindak dengan ubat lain. Ia selamat dan memudahkan pesakit kerana memberi kelegaan lapan jam atau tiga kali sehari bagi perlindungan sepanjang hari. Ia juga boleh diambil tanpa makan terlebih dahulu, tidak menyebabkan ketagihan atau kerosakan hati,”


Parasetamol berformula baru ini juga boleh diambil bagi melegakan sakit perut akibat senggugut, sakit kepala, pening disebabkan demam dan selesema, sakit gigi dan kesakitan selepas prosedur pergigian. Bagaimanapun, disarankan individu yang mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan tidak kebah dengan pengambilan parasetamol mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengesahkan masalah.


Pesakit tidak harus bergantung semata-mata kepada ubat tahan sakit ia ada kesan sampingan pada organ dalaman seperti ginjal, jantung dan otak, tetapi menjadikan ia pemangkin untuk bergerak aktif dan menguatkan sendi serta otot semula yang secara perlahan-lahan mengurangkan kebergantungan terhadap ubat.




Bnb...............UPM

Wednesday, August 20, 2008

KERANA SATU KLIK

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Oleh: Ismail Abu Bakar



Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar

di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.



Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.



Mahfumnya :

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.” (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)



Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.



Mahfumnya :

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pu n. ” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)



Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet

akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.



Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun

(download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.



Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang

mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya

adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.



Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian. Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.



Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima

oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat

satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian

setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.



Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga

sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah

dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?



Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa,

zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara

yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack

maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.



Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.



Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang. Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

TIPS KESIHATAN

Tidur siang boleh elak sakit jantung



LONDON : Sekumpulan penyelidik Greece mendakwa amalan tidur siang sekurang-kurangnya 30 minit, berkemungkinan besar dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung, terutamanya di kalangan lelaki muda.



Mereka mendakwa, tidur pada waktu tengah hari itu membantu individu lebih relaks dan sekali gus mengurangkan tahap tekanan mereka.

Kajian selama enam tahun itu mendapati, mereka yang tidur sekurang-kurangnya setengah jam tiga kali seminggu mencatat penurunan risiko sebanyak 37 peratus untuk kemungkinan mati akibat masalah jantung.

"Terbukti, tidur siang itu mengurangkan tekanan dengan keputusan lebih ketara di kalangan lelaki yang bekerja," kata ketua penyelidik, Dr Dimitrios Trichopoulos yang juga saintis di Fakulti Kesihatan Umum, Universiti Harvard.

Katanya, penyelidik terbabit mengambil kira aspek kesihatan responden, usia dan sama ada mereka sememangnya aktif secara fizikal.

Hasil kajian sebelum ini sememangnya mengakui masalah kematian akibat penyakit jantung itu berkurangan di negara yang ramai rakyatnya mengamalkan tidur siang, tetapi penyelidikan itu menghasilkan keputusan yang bercampur.

Namun dalam kajian terbaru, penyelidik Greece berkenaan mengkaji 23,681 responden lelaki dan wanita berusia 20-86 tahun. Mereka pula tidak mempunyai sebarang sejarah masalah jantung atau penyakit serius lain.

Responden ditanya apakah mereka mengamalkan tidur siang dan kekerapan berbuat demikian serta tabiat pemakanan dan kegiatan fizikal berkaitan.

Hasilnya, mereka yang kerap tidur siang, mencatat pengurangan risiko sehingga 34 peratus untuk mati akibat penyakit jantung berbanding mereka yang tidak tidur siang.

Mereka yang tidur siang melebihi 30 minit sebanyak tiga kali atau lebih dalam seminggu, pula memiliki penurunan risiko ancaman itu sebanyak 37 peratus.

Di kalangan lelaki bekerja yang tidur siang pula mencatat sehingga 64 peratus pengurangan risiko kematian berbanding 36 peratus di kalangan mereka yang tidak bekerja.

Bagaimanapun, tiada sebarang kematian dicatatkan di kalangan responden wanita untuk dijadikan perbandingan.

"Kajian ini menunjukkan risiko kematian itu berkurangan di kalangan penduduk negara yang sememangnya mengamalkan tabiat tidur siang. Keputusan ini juga membuktikan, kajian lanjut wajar dilakukan bagi mengesahkan hasil ini," kata Dr Trichopoulos. – Agensi

Tuesday, August 19, 2008

TELADAN UNTUK SEMUA

Tazkirah hari ini..
>
> Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
> bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid
> dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis,
> maka baginda pun berkata, 'Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?'
>
> Maka berkata orang muda itu, 'Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
> meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
> memandikannya.' Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
> Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
> orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu
> telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan
> memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, 'Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
> mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.'
>
> Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda
> itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun
> tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para
> sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak
> dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi
> hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
> 'Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia
> didunia dulu?'
>
> Berkata orang muda itu, 'Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
> solat.' Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, 'Wahai para sahabatku,
> lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti
> akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.'
>
> Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
> sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila
> mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang
> membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah
> mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
> Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
> 'Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
> membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S..W.T yang
> memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.'
> Lalu para sahabat bertanya, 'Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
> mayat ini?' Berkata ular, 'Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
> antaranya;
> 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
> 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
> 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya

PETUA MURAH REZEKI

ASSALAMUALAIKUM Wr Wb,

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,

"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana,

"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Umur Kita

Masa berlalu dengan cepat meninggalkan kita. 40 atau 50 tahun yang lalu kita seorang bayi yang tidak tahu apa-apa kecuali tangisan. 15 atau 20 tahun selepas itu kita seorang remaja yang mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai dan hingga kini. Kemudian kita menjadi dewasa menempuh banyak pengalaman pahit m anis , suka dan duka .
Dan akhirnya kita menjadi seorang tua bangka yang sudah lemah anggota seperti pengelihatan telah kabur, pendengaran, suarapun tidak semerdu dulu dan tidak setampan atau secantik dulu kata orang sekarang sudah kerepot. Ketika itu orang ramai sudah menjauhkan diri dari kita.
Pun dari sekarang setelah kita sakit sudah jarang untuk mendekatinya malah ada yan mencemohnya , bahkan anak-anak bagi yang ada anak kadangkala tidak suka bergaul atau melayan kita seperti biasa keadaan telah berubah malah mengherdirknya dan menengkingnya.
Inilah hakikat hidup yang dikatakan tipu daya kubur kata mari, rumah kata pergi.Tidak ada yang kekal.Paras yang handsome tidak kekal lama, akhirnya berkedut. Gigi yang penuh dan putih ber seri lama-kelamaan mula rapuh dan rongak, rambut hitam yang segar kini menjadi putih dan lesu, deria telinga yang tajam mula berkurangan.
Begitu juga tubuh yang tampan dah mula lemah dan berpenyakit. Ingatlah amaran Allah telah tiba - bahawa dunia akan meninggalkan kita dan kita sedang menuju alam lain iaitu alam kubur (barzakh) dan kemudian ke alam akhirat yang abadi.
Di alam inilah kita akan hidup selama-lamanya. Kita akan tinggal di Syurga atau Neraka, bergantung kepada amalan semasa hidup di dunia. Allah bersifat dengan Rahman (Pengasih kepada semua) dan Rahim (Penyayang khusus kepada orang mukmin). Semasa peringkat bayi, Allah tugaskan kepada ibu bapa untuk menjaga dan membesarkan kita. Mereka mengasuh dan mendidik serta mentarbiah dengan akhlak dan agama.
Semasa remaja, kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi melalui usaha mereka dan juga masyarakat keliling. Ketika dewasa, kita pula menjadi pembimbing kepada anak cucu serta orang-orang lain. Ibarat pokok asalnya benih disirami air, kemudian membesar mengeluarkan bunga dan akhirnya mengeluarkan buah untuk dimakan oleh manusia dan haiwan.
Tetapi apabila kita sudah tua dan tidak bermaya lagi, kita tidak begitu diperlukan. Kita mula disisih dari orangramai. Pergerakan kita terhad. Minda kita mula merosot. Ingatan sudah tidak begitu kuat. Kesihatan kita makin terjejas.
Apakah ini menjadi tanda bahawa Allah sudah tidak menyayangi kita lagi? Tidak sekali-kali! Malahan kesayangan Allah tetap sama. Apabila Allah renggangkan manusia daripada kita, itu bermakna Allah hendakkan kita mendampingi diriNya. Supaya hati kita bertambah tertambat dan lebih bertawakkal kepadaNya saja.
Penyerahan diri hanya kepada Allah apabila manusia sudah mula renggang dari kita. Masa tua kita banyak menyendiri dan tidak disibukkan dengan pelbagai urusan dunia. Jadi amatlah sesuai untuk kita melipatgandakan amalan sambil bertafakkur, berzikir dan muhasabah diri tentang amalan yang kita buat selama ini. Kita punya masa yang banyak untuk koreksi diri dan bertaubat. Selagi nyawa belum sampai di khalqum (ghargharah) , pintu taubat masih terbuka buat kita.
Amalan kita yang biasa kita lakukan semasa muda atau ketika sihat, walaupun sudah tidak mampu dilakukan lagi kerana sudah uzur, namun pahalanya tetap kita perolehi meskipun kita tidak lakukan. Contohnya semasa muda, sudah menjadi amalan atau budaya untuk bersolat jemaah atau menghadiri majlis ilmu di masjid. Tetapi apakan daya amalan itu tidak dapat dilakukan lagi semasa tua. Sungguhpun begitu pahala amalannya itu terus diperolehi walaupun kita tidak membuatnya.
Nabi Muhamad saw pernah berpesan supaya kita merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Di antaranya ialah beramal ketika muda sebelum datang masa tua. Masa muda ialah masa yang amat baik untuk beramal kerana ketika itu badan dan jiwa kita masih kuat. Jadi apabila sudah tua, amal yang kita buat akan terus mengalir walaupun kita tidak membuatnya. Masa muda ibarat masa me nana m dan tua ialah masa untuk kita tuai hasilnya.
Meskipun demikian kita seharusnya berdoa supaya tidak menjadi seorang tua yang tidak sedarkan diri. Semakin tua semakin menjadi. Umur sudah menjangkau 50 tetapi masih merasakan seolah-olah masih remaja. Usia sudah tua tapi berperangai macam orang muda.
Inilah yang kita takuti kerana hati kita mudah terbalik. Nabi pernah bersabda sekiranya umur sudah mencapai 2/3 (40 tahun) tetapi amal kejahatan lebih banyak daripada kebajikan, maka bersiap sedialah (gulung tikar bantal) untuk menempah tempat di neraka. Kita juga seharusnya berdoa supaya umur kita tidak terlalu panjang sehingga menjadi nyanyuk dan kembali seperti perangai bayi yang tidak dapat membezakan sesuatu.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu supaya hidupkan kami sekiranya ia baik bagi kami. Dan Engkau matikanlah kami sekiranya ia baik bagi kami. Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah Engkau berikan kepada kami. Ampunilah kami di atas kelemahan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul-khatimah dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah.

Akhirkanlah lisan kami dengan kalimah Lailahaillah, semoga Engkau masukkan kami di dalam golongan Abrar. Sepeninggalan kami kelak, ya Allah Engkau jadikanlah anak cucu kami sebagai pewaris Nabi yang menegakkan kalimah dan agamaMu di saat mana manusia telah banyak melupakanMu.



Akhirnya Ya Allah, berkatilah saki baki umur kami yang tinggal sedikit ini untuk berbakti kepadaMu dan Engkau redhailah kami menjadi hambaMu.

RAHSIA MENGENAL DIRI DARI BULAN KELAHIRAN ISLAM

Watak yang disenaraikan mengikut bulan Islam secara kebetulan mengenai diri anda. Seandainya apa yang berlaku terdapat kekurangan perlu diperbaiki dari semasa semasa supaya lebih baik dari semalam dan seterusnya. Watak seseorang itu dapat dikenali melalui pergaulan seharian sejak ianya dilahirkan hingga menjalani kehidupan seharian.

Setelah dewasa mengikut dalam Hadis Nabi Muhamad SAW yang maksudnya : “ Perangai atau watak seseorang sekiranya setelah mencapai umur empat puluh tahun hijrah sama ada ianya lelaki atau wanita dengan tiada perubahan maka sesungguhnya sehingga akhir hayatnya tidak akan berubah sampailah ajalnya “.

MUHARAM - pendiam, sihat pemikirannya, jika dididik dengan baik akan menjadi cerdik kerana bakat fikirannya yang pintar cerdas ada padanya. Mempunyai keinginan yang baik dan selalu dalam keadaan selamat.

SAFAR - tabiat buruk, tidak suka mengaku kesalahannya, perlu dididik untuk menghilangkan tabiat itu jika tidak kehidupannya akan menjadi susah.

RABIULAWAL - perwatakannya baik, mungkin dia akan menjadi orang yang berpengaruh tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif - kurang sabar, hati keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR - perwatakannya tidak baik, fikiran dan kemahuannya lemah dan kasar wataknya, kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya, kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADILAWAL - mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bahaya, tekadnya akan menunjukkan hasil usahanya & kadang-kadang menemui kegagalan.



JAMADILAKHIR - watak yang berani dan menghormati orang lain. pelbagai kepandaian ada padanya, mudah mengakui kesalahannya.

REJAB - bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. hidupnya selamat dan sentosa.

SYAABAN - perwatakannya baik. hidup selamat rezekinya tidak putus-putus, berbudi bahasa akan berjaya dalam kerjaya & mudah mendapat rezeki.

RAMADAN - baik, pendiam, suka merendahkan diri, tidak angkuh pada teman yang dikenali, tidak suka membanggakan diri dan kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL - perwatakannya keras, tidak suka dikalahkan. Ini dapat dikenali melalui pergaulan seharian.

ZULKAEDAH – pendiam, banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk, terlalu banyak berfikir.

ZULHIJJAH - jika dia jahat, terlalu jahat tetapi jika dia baik, dia terlalu baik, seri ng mendapat padah dari perbuatan sendiri, sukar mengawal perasaannya .

SURAT DARI ANAK EMAK

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang Hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal in sejak kiter dewasa.....
Dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
Nak tinggal kan anak2 mak..... Nak tinggal kan dunia fana in.....

Mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum TU.....
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
Kakak pun rasa hairan......
Mak tak penah buat gitu.....

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio TU siaran Siam ......
Kengkadang siaran Indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan TU di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang TU kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit Dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari.....
Ada kat dalam dalam beg.....
Ada dalam ASB.....
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi....
Ada kat dalam gulung tikar.......

Masa TU mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak in memang pesenn lama laaa....
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari TU Hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
Bila malam TU kiter sampai dari KL.....
Mak dah dalam kesakitan.
Akak Dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
Mak tetap takmau pi hospital.... .
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
Tapi kiter berkeras juga pujukk..
Nanti di hospital Ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak Dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang in pon mengikut perangai mak TU..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..... ...

Mak.....
Amponkan kami semua...
Kami nak mak sehat....
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
Ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama Dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria Dan gembiranya mak,
Kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duitt..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr.....

Lepas TU bila kereta kiter sampai....
Mak buat kenduri kesyukuran..
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.......
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek....
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
Tujuan kiter menipu TU supaya mak tak risau....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa GI 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
Nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca DOA untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua TU kann...kann.. .kannn

Mak tau tak....
Pagi TU balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam.....
Airmata dah tak mampu di tahan....
Masa TU seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter real...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan TU lenggang..
Kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ......
Terasa syahdu Dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... ..
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak.....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas....
makk....
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. ..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi....
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak....
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak...kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat....
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
Cukup la sampai sini dulu....
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje....
Takper yer mak...

Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
Sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...

Akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk unibesiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang...

Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. walaupun nak dibandingkan emas,wang atau permata

Tuesday, August 12, 2008

WASIAT DARI KUBUR

Rahsia Syair Di Atas Perkuburan

......Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair.

Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya?
Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon penghuninya Pada kubur ketiga terdapat syair: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya
wajah jelita yang yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa Orang soleh tadi pergi kepada seorang tua yang banyak tahu tentang cerita desanya.

“Wahai Syeikh! Aku melihat sesuatu yang ajaib di dalam desamu ini.” kata orang soleh.

“Apa itu?” tanya Syeikh.

“Aku berjumpa dengan tiga pusara yang masing-masing di atasnya tertulis beberapa syair.” kata orang soleh sambil membacakan kandungan syair-syair yang telah dilihatnya.

“Sebetulnya cerita ketiga-tiga ahli kubur tersebut lebih ajaib daripada rangkap-rangkap syair yang kamu lihat di atas kuburnya.”

“Apa itu,? Sila ceritakan kepadaku.”

Syeikh menceritakan bahawa penghuni ketiga-tiga kubur itu adalah tiga orang adik beradik yang pekerjaannya berlainan. Yang pertama seorang zuhud, yang kedua seorang gabenor yang berkuasa dan yang ketiga seorang saudagar kaya. Walaupun berlainan profesi, ketiga-tiganya hidup rukun dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Suatu ketika saudara yang zuhud sakit, dan apabila dirasa bahawa ajalnya sudah hampir, berkumpullah kedua-dua suadaranya yang lain sambil menanyakan halnya. Mereka menawarkan kepada si zahid untuk mensedekahkan hartanya bagi kepentingan saudaranya yang hampir meninggal itu. Akan tetapi dia menolak.

“Aku tidak berhajat kepada hartamu. Akan tetapi aku minta kepadamu berdua agar berjanji kepadaku akan sesuatu yang tidak akan kamu mungkiri selepas kematianku nanti.”

“Boleh, sila katakan, apa hajatmu?”

“Apabila aku mati, kamu mandikan, kafankan dan solatkan mayatku. Setelah itu kamu kebumikan di bumi yang agak tinggi. Setelah itu tuliskan di pusaraku itu dua rangkap syair ini: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya
merasa seronok dan lazat dalam hidupnya
Dia akan menyeksa orang zalim dalam hidupnya
dan akan membalas baik orang yang baik amalnya “Selepas itu hendalah engkau berdua datang ke kuburku setiap hari dan baca syair itu, semoga ia akan menjadi pengajaran bagimu berdua.”

Setelah berwasiat demikian, dia pun meninggal dunia. Dua adik beradiknya melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya. Setiap hari kedua-duanya datang dan membaca syair itu sehingga menangis. Adik yang menjadi gabenor datang dengan mengenderai kuda bersama askar-asakarnya. Dia berdiri di sisi kubur abangnya sambil membaca syair tersebut dan menangis kerana kandungannya mengena pada dirinya. Pada hari ketiga, dia datang lagi sebagaimana biasa sambil diiringkan oleh askar-askaranya, lalu berdiri di sisi pusara membaca syair dan menangis. Apabila dia akan pulang, tiba-tiba mendengar bunyi benturan yang kuat dari dalam kubur yang menyebabkan hatinya gementar. Kemudian pulang dengan perasaan takut, gementar dan risau. Pada sebelah malamnya pula dia bermimpi melihat abangnya datang.

“Wahai abangku, bunyi apa yang aku dengar dari dalam kuburmu semalam?”

“Itulah bunyi pukulan terhadap ahli kubur yang zalim. Dikatakan kepadaku: “Kamu lihat orang zalim itu? Mengapa engkau tidak menolongnya?” jawab abangnya.

Sebaik saja terjaga dari tidurnya, si gabenor itu resah dan dipenuhi rasa takut dan gementar yang berterusan. Dia segera memanggil saudaranya yang menjadi saudagar dan menceritakan tentang mimpinya.

“Wahai saudaraku, aku yakin bahawa Allahyarham tidak berwasiat agar menuliskan rangkap syair itu di atas pusaranya melainkan hanya untuk memberi peringatan kepadaku.” kata gabenor kepada saudaranya yang menjadi peniaga.

Kemudian dia berkata kepada para pegawai dan orang-orang yang ada disekitarnya: “Aku persaksikan kepadamu semua, bahawa mulai saat ini aku sudah bukan pemimpinmu lagi buat selama-lamanya.”

Dia meletak jawatan serta merta buat menumpukan sisa-sisa hidupnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah sambil mengembara ke bukit-bukit dan perkampungan sehingga ajal datang menjemputnya di hadapan sebahagian bekas rakyatnya. Pada hari-hari terakhir sebelum kewafatannya, saudaranya yang menjadi peniaga telah mendengar kabar mengenai bekas gabenor itu. Dia segera datang ke tempatnya untuk menanyakan apa-apa yang diperlukan.

“Sila berwasiat wahai saudaraku!” kata si saudagar.

“Apa yang akan aku wasiatkan. Aku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Hanya saja aku minta kepadamu agar mahu berjanji untuk melaksanakan sesuatu setelah kematianku nanti.”

“Boleh, Sila katakan.”

“Apabila aku mati nanti, kuburkanlah di samping kubur saudaraku dan tulislah di atas pusaraku syair ini: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba
kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah
dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit
sememangnya dia adalah calon ahlinya “Hendaklah engkau berziarah ke kuburku selepas tiga hari dari kematianku dan berdoalah kepada Allah semoga Dia merahmati arwahku.”

Setelah berwasiat demikian, bekas gabenor itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saudaranya segera menyempurnakan pengurusan mayatnya sehingga selesai dikuburkan. Sebagai memenuhi janjinya, dia menulis syair yang telah ditentukan di atas pusara saudaranya itu, kemudian pulang.

Tiga hari selepas pengkebumian, si saudagar datang berziarah ke kubur saudaranya dan berdoa kepada Allah semoga arwah saudaranya dicucuri rahmat. Apabila dia membaca syair yang tertulis di pusara saudaranya itu, dia pun menangis kerana sagat terkesan akan maksudnya. Setelah itu, dia pun bersiap sedia untuk pulang, tapi tiba-tiba terdengar bunyi gegaran yang sangat hebat dari dalam kubur sehingga membuatnya terperanjat dan hampir-hampir tidak sedarkan diri. Dia pun pulang dalam keadaan sangat ketakutan.

Pada sebelah malamnya, dia bermimpi melihat saudaranya yang telah meninggal dunia datang menghampirinya.

“Wahai saudaraku, engkau datang menziarahi kami?”

“Ya. Selepas ini tidak ada ziarah lagi. Aku telah tenang dengan rumahku yang baru.

“Bagaimana keadaanmu sekarang?”

“Alhamdulillah baik.”

“Bagimana keadaan abang kita?”

“Dia berkumpul bersama umat-umat yang baik.”

“Apa pesan engkau kepadaku?

“Barangsiapa yang telah melakukan sesuatu, dia akan mendapatkannya. Oleh itu, jagalah waktu hidupmu sebelum datang masa matimu.” kata saudara yang telah mati.”

Sejak itu, si peniaga mengasingkan diri dari urusan dunianya dan hatinya sentiasa ingat pada mati. Harta kekayaannya dibagi bagikan kepada fakir miskin dan dia sendiri menumpukan hidup beribadah kepada Allah. Anaknya yang sudah jadi seorang pemuda yang segak badan dan bagus wajahnya juga bekerja sebagai peniaga yang berjaya. Beberapa masa telah berlalu. Ajal bekas saudagar yang telah jadi sufi itu pun hampir menjemputnya. Saudara mara dan anaknya telah berkumpul.

“Berwasiatlah sesuatu wahai ayah.” kata anaknya. “Wahai anakku! Ayahku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Akan tetapi hanya minta kepadamu agar berjanji untuk melakukan sesuatu selepas kematianku.”

“Boleh, boleh. Sila katakan wahai ayah.”

“Apabila aku mati, kuburkan di dekat kubur bapa-bapa saudaramu dan tuliskan syair pada pusaraku: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini
bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sana kedudukan pemuda akan digugat
wajah jelita yang dibanggakan
akan lenyap serta merta
tinggallah badan dan anggota menanggung seksa “Kemudian hendaklah engkau berziarah ke kuburku sehingga tiga hari. Berdoalah kepada Allah semoga Allah mencucuri rahmat kepadaku.”

“Insya Allah, saya akan melakukannya.” jawab si anak.

Setelah dia meninggal dunia, anaknya segera melakukan semua yang diamanahkan kepadanya. Dia berziarah ke kubur ayahnya setiap hari sambil berdoa untuk ayahnya dan membaca syair yang tertulis di pusaranya. Pada hari ketiga dia mendengar suara dari dalam kubur yang sangat menggerunkan dan membangkitkan bulu roma dan memucatkan muka. Dia pulang kepada keluarganya dalam keadaan takut dan gementar.

Pada sebelah malamnya pula, dia bermimpi melihat ayahnya datang sambil berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya engkau berada sangat dekat denganku, duniamu sudah berada di penghujungnya dan maut lebih dekat dari itu lagi. Oleh kerana itu bersiap sedialah engkau untuk menempuh perjalananmu dan periksalah keadaan kenderaanmu. Alihkan perhatianmu dari melengkapi isi rumah yang engkau tempati sekarang pada rumah yang bakal engkau tempati buat selama-lamanya. Janganlah engkau tertipu seperti orang-orang sebelummu yang telah tertipu oleh keinginan pada harta sehingga tidak sempat membuat persediaan untuk pergi. Akibatnya, mereka menyesal yang tidak berkesudahan setelah mati. Padahal penyesalan ketika itu sudah tidak ada maknanya lagi. Wahai anakku! Segera laksanakan, segera laksanakan!.”

Mimpi pemuda terhenti, kerana dia terjaga dari tidurnya dalam keadaan terkejut dan takut serta faham apa yang akan terjadi pada dirinya. Pada sebelah paginya dia pun segera mengerjakan apa-apa yang perlu. Semua hutang-hutangnya dijelaskan, hartanya disedekahkannya kepada fakir miskin. Pada pagi hari ketiga dari hari bermimpi, dia memanggil semua keluarganya dan anaknya kemudian berwasiat dan mengucapkan salam.

Setelah itu dia menghadap Kiblat, mengucapkan dua kalimah Syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Orang ramai datang berpusu-pusu menguruskan mayatnya dan berziarah ke kuburnya serta berdoa di sana.
Radiallahu 'anhum.



Amanah Seorang Sahabat

Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.

“Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu hari.

“Betul begitu?” tanya Auf.

“Betul.” jawab Sha’b.

Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.

“Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.

“Benar.” jawab Sha’b.

“Bagaimana keadaan dirimu?”

“Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”

Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ.

“Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.

“Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.

“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”

Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.

Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.

“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.

“Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.

Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”

Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.





Terkena Api Di Kuburan

Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi’in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.

“Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan ta’ziah atas kematian saudaranya.” kata Abu Sinan kepada tetamunya.

Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berjaya.

“Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?” tanya para tetamu.

“Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu.” jawabnya.

“Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?”

“Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur “Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung seksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat”. Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar.”

Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: “Aku terus menimbus kubur itu semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?”

“Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?” tanya teman-teman Abu Sinan.

“Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya.” jawabnya.

Dengan jawapan ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang ertinya: “Janganlah mereka yang bakhil itu menyangka terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah kepada mereka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”

(Ali Imran, 180)



Nikmat Ahli Kubur

Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan, kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar bercakap dengannya. “Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.

“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli kubur.

“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.
Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.

Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.

“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya Mutraf.

“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.

“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”

Ahli kubur yang masih muda belia itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut

ﺍKeberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja ker ana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam ker ana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat ker ana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang m ana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertim ana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pes ana nku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang ana k Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak- anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
…Wallahu a’lam
ﻢﻼﺳﻭ

JADUAL SEHARIAN SEORANG BERNAMA WANITA……….

.. Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah
lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam
lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak
susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air
masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur
untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk
bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan
baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai
kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang,
towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers
4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok
settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah,
asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6
poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang
tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin
je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana
flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti
lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak
lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan
baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok
settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok,
siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak
tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah
aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak
bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la
skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni
eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha,
ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja
besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan
dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat
ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak
dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

...well, women understand women better...


Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah
istimewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk
keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan,ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.



INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!
SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA
INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI
DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

MUHASABAH DIRI

Baca dan hayati intipatinya sampai habis! Harap berkesan di dalam hati dan menjadi pedoman hidup hari2...

Mungkin begini la kita sebenarnya.. .. RENUNG-RENUNGKANLAH ...

Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya


yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat . Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara . Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. -.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.

Wallahu'alam.-..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL -LAH ......'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.


Sekadar pandangan ikhlas dari seorang hamba Allah yang tidak sempurna semuanya.

ADA APA DENGAN ANGKA 40

Salam sejahtera Muslimin dan Muslimat serta Keluarga disamping anda tiada keberatan untuk sebarkan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan diucapkan berbanyak terima kasih.




Hendak dijadikan cerita ikutilah nukilan ini. Yangmana angka empat puluh membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan mus im saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam manapun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tigapun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat! Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekaligus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagipun ada sebab suami menjeling wanita lain.


Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut seri ng digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam – kalau yang ada misai , kita tengokpun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!" amacam boleh test tengok…………….

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masaalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan. Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: Pertama, hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaianpun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.


Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangipun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalaupun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling m anis . Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang sudah tiga bulan tidak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tidak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katilpun ada minyak semput.


Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!

CINTA?????

Tanda2 Awal Jatuh Cinta

1) You ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu you asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum..dia ingat kat you ke tak.

2) You jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia, You jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia YOU automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..



3) Uiii.. You cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia. Kekadang YOU rasa You kecik hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari YOU.



4) YOU dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia YOU rasa macam dunia ni YOU yang punya. Balik rumah wajah dia asyik terbayang d i mata YOU tapi YOU pun hairan kenapa YOU mesti ada perasaan macam tu terhadap dia..



5) Surat , kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya, YOU simpan sampai penuh almari rumah YOU. Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu YOU gigit balik...uiii..ganehnyer.. wakakakak....cam betul jerk! heh....



6) Kadang kala YOU sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat YOU tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya YOU sendiri yang makan hati..tapi YOU tak sedar kenapa You buat macam tu..kenapa You nak bagi dia jeles katYou?



7) YOU percaya padanya. YOU sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. YOU juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan You tapi You tetap sudi melayan karenahnya.



Bila family YOU sebut pasal jodoh, YOU cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak YOU dok terbayang-bayang YOU bersanding dengan dia..cis!!



9) Hmm...itu adalah secebis perasaan YOU kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa You treat dia baguih semacam jer? Alah mengaku sajalah yang You ni dah jatuh hati padanya..



AND, last but not least...



10) YOU tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA. Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri You sendiri. YOU tau kenapa? Sebab You punya ego tu tinggi sangat...apa susah sangat kerYou nak declare yang You ni betul-betul falling in love kat dia..ops..i'm sorry... perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan ..tapi setiap orang ada cara tersendiri..Tapikan.. kan ...PERIGI SEKARANG BOLEH BERJALAN....





Cinta Mencintai



Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir....... ....
layout powered by HOTFreeLayouts.com / MyHotComments