Thursday, October 9, 2008

AMALAN UNTUK PASANGAN YANG BERKAWIN

Paparan saya , Tafsiran anda …

Renung-renungkan dan selamat beramal …

Cium sebelum pergi kerja ( pasangan Kahwin )

Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam , nak kemana-manapon , bila kena berjauhan ngan suami dan anak2.

Untuk makluman semua . Saya dapat e-mail ni dari kawan . Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun 2004( gambar muka depan Siti Sharizah ), ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami .

Di dalam artikel itu , dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar , para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat . Bukan setakat itu sahaja , suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun .

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik , proses berulangan diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.

Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang telah dilakukan . Sudah pastinya , kesahihannya tidak dapat disahkan secara100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambil kira .

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga . .
Saya tidak nafikan , ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerjamasing - masing .

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka , ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi .

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya . Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini . Dan yang disarankan adalah selama 10 saat . Dalam kes ini , saya ingin menceritakan kisah saya . Setelah membaca artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki ), hati saya begitu berkobar-kobar untuk menpraktikkannya , lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini .

Namun , saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak . Kerana pada anggapan saya , orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang . Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik , sebab itulah saya sedikit musykil .

Walaubagaimanapun , memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya . Tapi pada tangan jugalah , bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya .

Namun , misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya .

Walaubagaimanapun , saya tetap meneruskan niat itu dengan menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini . Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut ( tapi yang cari lain tu saya tak sebut , hehehe ... malulah ) .

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengan cadangan itu . Macam tak percaya ! Seronok rasanya . Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami . Walaupun nampak tidak besar mana , tapi ianya penting .

Maka pada hari-hari yang seterusnya ( sekarang dah masuk satu minggu kot ) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja . Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi -pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta .

Di dalam buku psikologi yang saya baca , anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya . Kalau baik yang dilakukan , baiklah tingkahnya .

Kalau tidak baik yang dilakukan , maka tidak baiklah juga hasilnya . Apa yang ingin saya katakan ialah , pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja.Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti , saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah.Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen , saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar .

Keajaiban berlaku ( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang , dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta .

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya ,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya .

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini . Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga . Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi .

Oleh itu ,para pembaca ...yang tidak pernah melakukan perkara ini , apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang . Untuk menyuburkan lagi kasih sayang antara suami isteri , untuk memberikan variasi baru dalam perkahwinan , untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan memanjangkan lagi umur suami tersayang . Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu yang baru .
Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya . Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya . Tidak bertangguh , namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan rumahtangga . . jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba . Dalam rumahtangga , harus ada kelainan sepanjang masa , barulah lebih bermakna .

Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje .... betul tak ? Saya yakin para suami akan sukakannya , maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang , benarkah begitu wahai para suami ?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini ? Dan dalam artikel itu juga , dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu .Sekiranya beliau tahu , pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini .

Oklah , saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat .Amin .. .
Cuba cubalah ... praktikkan !!




Bnb...............UPM

Sen di Le mah

Penulis dalam usia sebegini telah merasainya bahawa masalah otot dan sendi lemah ianya tidak terhad kepada golongan yang muda yang aktif sahaja malah terlibat dari golongan orang lama yang telah berusia sekitar lima puluhan “ apo nak di kato “ kerana ia turut berlaku pada bila-bila masa, apatah lagi dengan bantuan pelbagai peralatan moden seperti lif, kereta dan alat kawalan jauh, sehingga menyebabkan ramai mengamalkan kehidupan statik.


Malah, jika pergi ke pusat beli-belah, seboleh-bolehnya kita mahu meletakkan kenderaan betul-betul di depan pintu masuk supaya tidak perlu berjalan jauh. Ini antara senario biasa dalam hidup kita. Jika dihitung, agaknya kita hanya berjalan beberapa meter dalam sehari ke Pejabat tidak tahulah kalau pergi membeli-belah tempat yang ada nama. Begitu untuk pergi ke tempat ibadah seperti Masjid atau Surau kalau boleh kenderaan atau motor di letak betul-betul dekat Masjid atau Surau.


Namun di sebalik keselesaan ini, terselindung keburukan kerana otot dan sendi yang kurang digunakan akan menjadi lemah. Akibatnya, kita mudah mengalami masalah sakit sendi dan otot, walaupun hanya melakukan kerja atau aktiviti ringan.

Mungkin ramai tidak sedar, tetapi inilah masalah paling biasa dan dianggarkan setiap satu daripada empat orang mengalami sakit sendi setiap hari. Menurut perunding fisioterapi, pada peringkat usia 20-an, kebanyakan masalah sakit sendi dan otot berlaku pada lelaki disebabkan aktiviti lasak serta kecederaan sukan seperti pada lutut, buku lali dan bahu.


Dalam usia muda begini, masalah sakit sendi dan otot cepat hilang kerana tisu masih rancak menjalani proses pemulihan. Sengal sendi orang dewasa biasanya disebabkan kecederaan ligamen, bursa atau tendon yang mengelilingi sendi.


Menjelang usia 30-an, iaitu peringkat kebanyakan orang menjadi kurang aktif, kes sakit sendi, terutama leher dan belakang, semakin kerap berlaku, sama ada bagi lelaki atau wanita. Ia berpunca daripada perbuatan berulangkali pada kedudukan statik dan tidak banyak bergerak contohnya terlalu lama di depan komputer, menyebabkan ramai mengadu mengalami sakit bahu dan lenguh belakang.


Pada usia 40-an pula, masalah sakit leher dan belakang lebih banyak berlaku pada wanita yang disebabkan tekanan kerja dan keluarga. Jika kesakitan dialami ketika berusia 30-an dulu tidak diatasi, gejalanya akan menjadi lebih seri us apabila usia meningkat, apatah lagi jika mengamalkan gaya hidup tidak aktif dan kurang bersenam.


Apabila usia seseorang itu meningkat ke 50 atau 60 tahun, otot dan sendi menjadi lebih lemah akibat proses penuaan dan kecederaan silam. Otot dan sendi adalah tisu hidup yang boleh dikuatkan semula melalui senaman, tidak kira berapapun usia seseorang. Bagi orang tua atau orang lama, aktiviti seperti berjalan perlahan juga boleh membantu menguatkan sendi mereka. Kalau anda kurang percaya tunggu dan rasakan selepas usia anda keperingkat ini pengalaman mengajar ertinya perkara tersebut.


Menurut pakar perubatan katanya : “Ramai anggap mereka perlu pergi ke gimnasium untuk menguatkan sendi. Ini kurang tepat kerana sambil dudukpun kita boleh membuat latihan sendi, iaitu dengan menggerakkan kaki dan tangan. Otot dan sendi akan memberikan gerak balas positif jika senaman dilakukan dengan betul.


“Jika masalah ini tidak dipedulikan, ia boleh meningkatkan risiko keretakan tulang dan menghadkan pergerakan seseorang apabila berusia 70 atau 80 tahun yang lebih kerap berlaku pada kaum wanita. Sedihnya ketika usia ini tindak balas badan terhadap ubat dan senaman lambat yang mungkin disebabkan masalah kesihatan lain” .


Justeru, sakit otot dan sendi tidak boleh dipandang ringan. Dapatkan bantuan pakar seawal mungkin supaya kesakitan tidak berlarutan sehingga boleh menjejaskan pergerakan atau aktiviti harian. Kata pakar perubatan, pengambilan ubat perlu disertakan dengan latihan fisioterapi. Pengurusan sakit otot dan sendi dibahagikan kepada tiga peringkat.


Peringkat pertama ialah fasa akut (tiga hari pertama sehingga dua minggu selepas sendi sakit). Ketika ini tisu otot dan sendi mengalami keradangan, menyebabkan ia bengkak dan sakit. Kesakitan boleh diredakan dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDS). Jika tisu lembut terkoyak teruk, pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan.

Peringkat kedua iaitu fasa sub-akut (hari ketiga hingga 12 minggu), badan mula menghasilkan tisu baru, kesakitan atau bengkak mula men yus ut dan inilah masa terbaik melakukan latihan fisioterapi. Namun jika kesakitan berterusan sehingga melebihi tiga bulan, ini menandakan otot atau sendi mengalami keradangan berlanjutan dan perlu mendapat rawatan sewajarnya bagi mengelakkan tisu berparut, ketegangan dan kesakitan.


Mungkin khidmat pakar pemakanan dan psikologi diperlukan bagi membantu pesakit. Perunding Kanan Jabatan Perubatan berkata soal selidik ke atas 5,206 responden pada 2003 mendapati, satu daripada lima orang mengadu mengalami sakit lutut berpanjangan, dengan 78.6 peratus mengambil ubat tahan sakit (analgesik) dalam tempoh enam bulan lalu. Daripada jumlah ini, 18.1 peratus mengambil ubat tanpa tahu nama ubat dimakan.


“Masalah sakit sendi paling biasa ialah osteoartritis, terutama golongan tua, dan kebanyakannya mengambil ubat NSAIDs, COX II dan parasetamol untuk hilangkan rasa sakit. Parasetamol mungkin kurang popular kerana ia perlu diambil empat kali sehari walaupun ia mampu memberi kelegaan,” katanya pada pelancaran Panadol Extend.


Kajian terhadap parasetamol berformula baru dengan kandungan 665 miligram satu tablet didapati mampu memberi kelegaan selama lapan jam kepada 25 pesakit osteoartritis dengan usia purata 58.5 tahun, mengalami ketegangan otot pada waktu pagi kurang 30 minit yang menghidap masalah itu melebihi dua tahun.

Diberikan parasetamol tiga kali sehari, responden menunjukkan perubahan positif selepas seminggu dan pergerakan kaki lebih baik pada minggu keempat. Mereka boleh naik turun tangga, menaiki kenderaan dan menggunakan tandas tanpa masalah serta tidak mengalami kesan sampingan.


Menurur pakar perubatan katanya : “Parasetamol berformula baru tidak saling bertindak dengan ubat lain. Ia selamat dan memudahkan pesakit kerana memberi kelegaan lapan jam atau tiga kali sehari bagi perlindungan sepanjang hari. Ia juga boleh diambil tanpa makan terlebih dahulu, tidak menyebabkan ketagihan atau kerosakan hati,”


Parasetamol berformula baru ini juga boleh diambil bagi melegakan sakit perut akibat senggugut, sakit kepala, pening disebabkan demam dan selesema, sakit gigi dan kesakitan selepas prosedur pergigian. Bagaimanapun, disarankan individu yang mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan tidak kebah dengan pengambilan parasetamol mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengesahkan masalah.


Pesakit tidak harus bergantung semata-mata kepada ubat tahan sakit ia ada kesan sampingan pada organ dalaman seperti ginjal, jantung dan otak, tetapi menjadikan ia pemangkin untuk bergerak aktif dan menguatkan sendi serta otot semula yang secara perlahan-lahan mengurangkan kebergantungan terhadap ubat.




Bnb...............UPM
layout powered by HOTFreeLayouts.com / MyHotComments