Thursday, October 9, 2008

AMALAN UNTUK PASANGAN YANG BERKAWIN

Paparan saya , Tafsiran anda …

Renung-renungkan dan selamat beramal …

Cium sebelum pergi kerja ( pasangan Kahwin )

Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam , nak kemana-manapon , bila kena berjauhan ngan suami dan anak2.

Untuk makluman semua . Saya dapat e-mail ni dari kawan . Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun 2004( gambar muka depan Siti Sharizah ), ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami .

Di dalam artikel itu , dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar , para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat . Bukan setakat itu sahaja , suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun .

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik , proses berulangan diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.

Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang telah dilakukan . Sudah pastinya , kesahihannya tidak dapat disahkan secara100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambil kira .

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga . .
Saya tidak nafikan , ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerjamasing - masing .

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka , ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi .

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya . Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini . Dan yang disarankan adalah selama 10 saat . Dalam kes ini , saya ingin menceritakan kisah saya . Setelah membaca artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki ), hati saya begitu berkobar-kobar untuk menpraktikkannya , lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini .

Namun , saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak . Kerana pada anggapan saya , orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang . Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik , sebab itulah saya sedikit musykil .

Walaubagaimanapun , memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya . Tapi pada tangan jugalah , bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya .

Namun , misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya .

Walaubagaimanapun , saya tetap meneruskan niat itu dengan menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini . Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut ( tapi yang cari lain tu saya tak sebut , hehehe ... malulah ) .

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengan cadangan itu . Macam tak percaya ! Seronok rasanya . Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami . Walaupun nampak tidak besar mana , tapi ianya penting .

Maka pada hari-hari yang seterusnya ( sekarang dah masuk satu minggu kot ) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja . Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi -pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta .

Di dalam buku psikologi yang saya baca , anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya . Kalau baik yang dilakukan , baiklah tingkahnya .

Kalau tidak baik yang dilakukan , maka tidak baiklah juga hasilnya . Apa yang ingin saya katakan ialah , pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja.Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti , saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah.Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen , saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar .

Keajaiban berlaku ( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang , dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta .

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya ,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya .

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini . Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga . Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi .

Oleh itu ,para pembaca ...yang tidak pernah melakukan perkara ini , apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang . Untuk menyuburkan lagi kasih sayang antara suami isteri , untuk memberikan variasi baru dalam perkahwinan , untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan memanjangkan lagi umur suami tersayang . Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu yang baru .
Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya . Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya . Tidak bertangguh , namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan rumahtangga . . jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba . Dalam rumahtangga , harus ada kelainan sepanjang masa , barulah lebih bermakna .

Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje .... betul tak ? Saya yakin para suami akan sukakannya , maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang , benarkah begitu wahai para suami ?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini ? Dan dalam artikel itu juga , dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu .Sekiranya beliau tahu , pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini .

Oklah , saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat .Amin .. .
Cuba cubalah ... praktikkan !!




Bnb...............UPM

Sen di Le mah

Penulis dalam usia sebegini telah merasainya bahawa masalah otot dan sendi lemah ianya tidak terhad kepada golongan yang muda yang aktif sahaja malah terlibat dari golongan orang lama yang telah berusia sekitar lima puluhan “ apo nak di kato “ kerana ia turut berlaku pada bila-bila masa, apatah lagi dengan bantuan pelbagai peralatan moden seperti lif, kereta dan alat kawalan jauh, sehingga menyebabkan ramai mengamalkan kehidupan statik.


Malah, jika pergi ke pusat beli-belah, seboleh-bolehnya kita mahu meletakkan kenderaan betul-betul di depan pintu masuk supaya tidak perlu berjalan jauh. Ini antara senario biasa dalam hidup kita. Jika dihitung, agaknya kita hanya berjalan beberapa meter dalam sehari ke Pejabat tidak tahulah kalau pergi membeli-belah tempat yang ada nama. Begitu untuk pergi ke tempat ibadah seperti Masjid atau Surau kalau boleh kenderaan atau motor di letak betul-betul dekat Masjid atau Surau.


Namun di sebalik keselesaan ini, terselindung keburukan kerana otot dan sendi yang kurang digunakan akan menjadi lemah. Akibatnya, kita mudah mengalami masalah sakit sendi dan otot, walaupun hanya melakukan kerja atau aktiviti ringan.

Mungkin ramai tidak sedar, tetapi inilah masalah paling biasa dan dianggarkan setiap satu daripada empat orang mengalami sakit sendi setiap hari. Menurut perunding fisioterapi, pada peringkat usia 20-an, kebanyakan masalah sakit sendi dan otot berlaku pada lelaki disebabkan aktiviti lasak serta kecederaan sukan seperti pada lutut, buku lali dan bahu.


Dalam usia muda begini, masalah sakit sendi dan otot cepat hilang kerana tisu masih rancak menjalani proses pemulihan. Sengal sendi orang dewasa biasanya disebabkan kecederaan ligamen, bursa atau tendon yang mengelilingi sendi.


Menjelang usia 30-an, iaitu peringkat kebanyakan orang menjadi kurang aktif, kes sakit sendi, terutama leher dan belakang, semakin kerap berlaku, sama ada bagi lelaki atau wanita. Ia berpunca daripada perbuatan berulangkali pada kedudukan statik dan tidak banyak bergerak contohnya terlalu lama di depan komputer, menyebabkan ramai mengadu mengalami sakit bahu dan lenguh belakang.


Pada usia 40-an pula, masalah sakit leher dan belakang lebih banyak berlaku pada wanita yang disebabkan tekanan kerja dan keluarga. Jika kesakitan dialami ketika berusia 30-an dulu tidak diatasi, gejalanya akan menjadi lebih seri us apabila usia meningkat, apatah lagi jika mengamalkan gaya hidup tidak aktif dan kurang bersenam.


Apabila usia seseorang itu meningkat ke 50 atau 60 tahun, otot dan sendi menjadi lebih lemah akibat proses penuaan dan kecederaan silam. Otot dan sendi adalah tisu hidup yang boleh dikuatkan semula melalui senaman, tidak kira berapapun usia seseorang. Bagi orang tua atau orang lama, aktiviti seperti berjalan perlahan juga boleh membantu menguatkan sendi mereka. Kalau anda kurang percaya tunggu dan rasakan selepas usia anda keperingkat ini pengalaman mengajar ertinya perkara tersebut.


Menurut pakar perubatan katanya : “Ramai anggap mereka perlu pergi ke gimnasium untuk menguatkan sendi. Ini kurang tepat kerana sambil dudukpun kita boleh membuat latihan sendi, iaitu dengan menggerakkan kaki dan tangan. Otot dan sendi akan memberikan gerak balas positif jika senaman dilakukan dengan betul.


“Jika masalah ini tidak dipedulikan, ia boleh meningkatkan risiko keretakan tulang dan menghadkan pergerakan seseorang apabila berusia 70 atau 80 tahun yang lebih kerap berlaku pada kaum wanita. Sedihnya ketika usia ini tindak balas badan terhadap ubat dan senaman lambat yang mungkin disebabkan masalah kesihatan lain” .


Justeru, sakit otot dan sendi tidak boleh dipandang ringan. Dapatkan bantuan pakar seawal mungkin supaya kesakitan tidak berlarutan sehingga boleh menjejaskan pergerakan atau aktiviti harian. Kata pakar perubatan, pengambilan ubat perlu disertakan dengan latihan fisioterapi. Pengurusan sakit otot dan sendi dibahagikan kepada tiga peringkat.


Peringkat pertama ialah fasa akut (tiga hari pertama sehingga dua minggu selepas sendi sakit). Ketika ini tisu otot dan sendi mengalami keradangan, menyebabkan ia bengkak dan sakit. Kesakitan boleh diredakan dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDS). Jika tisu lembut terkoyak teruk, pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan.

Peringkat kedua iaitu fasa sub-akut (hari ketiga hingga 12 minggu), badan mula menghasilkan tisu baru, kesakitan atau bengkak mula men yus ut dan inilah masa terbaik melakukan latihan fisioterapi. Namun jika kesakitan berterusan sehingga melebihi tiga bulan, ini menandakan otot atau sendi mengalami keradangan berlanjutan dan perlu mendapat rawatan sewajarnya bagi mengelakkan tisu berparut, ketegangan dan kesakitan.


Mungkin khidmat pakar pemakanan dan psikologi diperlukan bagi membantu pesakit. Perunding Kanan Jabatan Perubatan berkata soal selidik ke atas 5,206 responden pada 2003 mendapati, satu daripada lima orang mengadu mengalami sakit lutut berpanjangan, dengan 78.6 peratus mengambil ubat tahan sakit (analgesik) dalam tempoh enam bulan lalu. Daripada jumlah ini, 18.1 peratus mengambil ubat tanpa tahu nama ubat dimakan.


“Masalah sakit sendi paling biasa ialah osteoartritis, terutama golongan tua, dan kebanyakannya mengambil ubat NSAIDs, COX II dan parasetamol untuk hilangkan rasa sakit. Parasetamol mungkin kurang popular kerana ia perlu diambil empat kali sehari walaupun ia mampu memberi kelegaan,” katanya pada pelancaran Panadol Extend.


Kajian terhadap parasetamol berformula baru dengan kandungan 665 miligram satu tablet didapati mampu memberi kelegaan selama lapan jam kepada 25 pesakit osteoartritis dengan usia purata 58.5 tahun, mengalami ketegangan otot pada waktu pagi kurang 30 minit yang menghidap masalah itu melebihi dua tahun.

Diberikan parasetamol tiga kali sehari, responden menunjukkan perubahan positif selepas seminggu dan pergerakan kaki lebih baik pada minggu keempat. Mereka boleh naik turun tangga, menaiki kenderaan dan menggunakan tandas tanpa masalah serta tidak mengalami kesan sampingan.


Menurur pakar perubatan katanya : “Parasetamol berformula baru tidak saling bertindak dengan ubat lain. Ia selamat dan memudahkan pesakit kerana memberi kelegaan lapan jam atau tiga kali sehari bagi perlindungan sepanjang hari. Ia juga boleh diambil tanpa makan terlebih dahulu, tidak menyebabkan ketagihan atau kerosakan hati,”


Parasetamol berformula baru ini juga boleh diambil bagi melegakan sakit perut akibat senggugut, sakit kepala, pening disebabkan demam dan selesema, sakit gigi dan kesakitan selepas prosedur pergigian. Bagaimanapun, disarankan individu yang mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan tidak kebah dengan pengambilan parasetamol mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengesahkan masalah.


Pesakit tidak harus bergantung semata-mata kepada ubat tahan sakit ia ada kesan sampingan pada organ dalaman seperti ginjal, jantung dan otak, tetapi menjadikan ia pemangkin untuk bergerak aktif dan menguatkan sendi serta otot semula yang secara perlahan-lahan mengurangkan kebergantungan terhadap ubat.




Bnb...............UPM

Wednesday, August 20, 2008

KERANA SATU KLIK

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Oleh: Ismail Abu Bakar



Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar

di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.



Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.



Mahfumnya :

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.” (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)



Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.



Mahfumnya :

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pu n. ” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)



Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet

akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.



Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun

(download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.



Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang

mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya

adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.



Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian. Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.



Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima

oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat

satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian

setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.



Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga

sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah

dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?



Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa,

zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara

yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack

maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.



Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.



Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang. Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

TIPS KESIHATAN

Tidur siang boleh elak sakit jantung



LONDON : Sekumpulan penyelidik Greece mendakwa amalan tidur siang sekurang-kurangnya 30 minit, berkemungkinan besar dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung, terutamanya di kalangan lelaki muda.



Mereka mendakwa, tidur pada waktu tengah hari itu membantu individu lebih relaks dan sekali gus mengurangkan tahap tekanan mereka.

Kajian selama enam tahun itu mendapati, mereka yang tidur sekurang-kurangnya setengah jam tiga kali seminggu mencatat penurunan risiko sebanyak 37 peratus untuk kemungkinan mati akibat masalah jantung.

"Terbukti, tidur siang itu mengurangkan tekanan dengan keputusan lebih ketara di kalangan lelaki yang bekerja," kata ketua penyelidik, Dr Dimitrios Trichopoulos yang juga saintis di Fakulti Kesihatan Umum, Universiti Harvard.

Katanya, penyelidik terbabit mengambil kira aspek kesihatan responden, usia dan sama ada mereka sememangnya aktif secara fizikal.

Hasil kajian sebelum ini sememangnya mengakui masalah kematian akibat penyakit jantung itu berkurangan di negara yang ramai rakyatnya mengamalkan tidur siang, tetapi penyelidikan itu menghasilkan keputusan yang bercampur.

Namun dalam kajian terbaru, penyelidik Greece berkenaan mengkaji 23,681 responden lelaki dan wanita berusia 20-86 tahun. Mereka pula tidak mempunyai sebarang sejarah masalah jantung atau penyakit serius lain.

Responden ditanya apakah mereka mengamalkan tidur siang dan kekerapan berbuat demikian serta tabiat pemakanan dan kegiatan fizikal berkaitan.

Hasilnya, mereka yang kerap tidur siang, mencatat pengurangan risiko sehingga 34 peratus untuk mati akibat penyakit jantung berbanding mereka yang tidak tidur siang.

Mereka yang tidur siang melebihi 30 minit sebanyak tiga kali atau lebih dalam seminggu, pula memiliki penurunan risiko ancaman itu sebanyak 37 peratus.

Di kalangan lelaki bekerja yang tidur siang pula mencatat sehingga 64 peratus pengurangan risiko kematian berbanding 36 peratus di kalangan mereka yang tidak bekerja.

Bagaimanapun, tiada sebarang kematian dicatatkan di kalangan responden wanita untuk dijadikan perbandingan.

"Kajian ini menunjukkan risiko kematian itu berkurangan di kalangan penduduk negara yang sememangnya mengamalkan tabiat tidur siang. Keputusan ini juga membuktikan, kajian lanjut wajar dilakukan bagi mengesahkan hasil ini," kata Dr Trichopoulos. – Agensi

Tuesday, August 19, 2008

TELADAN UNTUK SEMUA

Tazkirah hari ini..
>
> Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
> bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid
> dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis,
> maka baginda pun berkata, 'Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?'
>
> Maka berkata orang muda itu, 'Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
> meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
> memandikannya.' Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
> Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
> orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu
> telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan
> memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, 'Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
> mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.'
>
> Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda
> itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun
> tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para
> sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak
> dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi
> hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
> 'Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia
> didunia dulu?'
>
> Berkata orang muda itu, 'Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
> solat.' Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, 'Wahai para sahabatku,
> lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti
> akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.'
>
> Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
> sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila
> mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang
> membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah
> mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
> Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
> 'Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
> membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S..W.T yang
> memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.'
> Lalu para sahabat bertanya, 'Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
> mayat ini?' Berkata ular, 'Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
> antaranya;
> 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
> 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
> 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya

PETUA MURAH REZEKI

ASSALAMUALAIKUM Wr Wb,

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,

"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana,

"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun
persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Umur Kita

Masa berlalu dengan cepat meninggalkan kita. 40 atau 50 tahun yang lalu kita seorang bayi yang tidak tahu apa-apa kecuali tangisan. 15 atau 20 tahun selepas itu kita seorang remaja yang mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai dan hingga kini. Kemudian kita menjadi dewasa menempuh banyak pengalaman pahit m anis , suka dan duka .
Dan akhirnya kita menjadi seorang tua bangka yang sudah lemah anggota seperti pengelihatan telah kabur, pendengaran, suarapun tidak semerdu dulu dan tidak setampan atau secantik dulu kata orang sekarang sudah kerepot. Ketika itu orang ramai sudah menjauhkan diri dari kita.
Pun dari sekarang setelah kita sakit sudah jarang untuk mendekatinya malah ada yan mencemohnya , bahkan anak-anak bagi yang ada anak kadangkala tidak suka bergaul atau melayan kita seperti biasa keadaan telah berubah malah mengherdirknya dan menengkingnya.
Inilah hakikat hidup yang dikatakan tipu daya kubur kata mari, rumah kata pergi.Tidak ada yang kekal.Paras yang handsome tidak kekal lama, akhirnya berkedut. Gigi yang penuh dan putih ber seri lama-kelamaan mula rapuh dan rongak, rambut hitam yang segar kini menjadi putih dan lesu, deria telinga yang tajam mula berkurangan.
Begitu juga tubuh yang tampan dah mula lemah dan berpenyakit. Ingatlah amaran Allah telah tiba - bahawa dunia akan meninggalkan kita dan kita sedang menuju alam lain iaitu alam kubur (barzakh) dan kemudian ke alam akhirat yang abadi.
Di alam inilah kita akan hidup selama-lamanya. Kita akan tinggal di Syurga atau Neraka, bergantung kepada amalan semasa hidup di dunia. Allah bersifat dengan Rahman (Pengasih kepada semua) dan Rahim (Penyayang khusus kepada orang mukmin). Semasa peringkat bayi, Allah tugaskan kepada ibu bapa untuk menjaga dan membesarkan kita. Mereka mengasuh dan mendidik serta mentarbiah dengan akhlak dan agama.
Semasa remaja, kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi melalui usaha mereka dan juga masyarakat keliling. Ketika dewasa, kita pula menjadi pembimbing kepada anak cucu serta orang-orang lain. Ibarat pokok asalnya benih disirami air, kemudian membesar mengeluarkan bunga dan akhirnya mengeluarkan buah untuk dimakan oleh manusia dan haiwan.
Tetapi apabila kita sudah tua dan tidak bermaya lagi, kita tidak begitu diperlukan. Kita mula disisih dari orangramai. Pergerakan kita terhad. Minda kita mula merosot. Ingatan sudah tidak begitu kuat. Kesihatan kita makin terjejas.
Apakah ini menjadi tanda bahawa Allah sudah tidak menyayangi kita lagi? Tidak sekali-kali! Malahan kesayangan Allah tetap sama. Apabila Allah renggangkan manusia daripada kita, itu bermakna Allah hendakkan kita mendampingi diriNya. Supaya hati kita bertambah tertambat dan lebih bertawakkal kepadaNya saja.
Penyerahan diri hanya kepada Allah apabila manusia sudah mula renggang dari kita. Masa tua kita banyak menyendiri dan tidak disibukkan dengan pelbagai urusan dunia. Jadi amatlah sesuai untuk kita melipatgandakan amalan sambil bertafakkur, berzikir dan muhasabah diri tentang amalan yang kita buat selama ini. Kita punya masa yang banyak untuk koreksi diri dan bertaubat. Selagi nyawa belum sampai di khalqum (ghargharah) , pintu taubat masih terbuka buat kita.
Amalan kita yang biasa kita lakukan semasa muda atau ketika sihat, walaupun sudah tidak mampu dilakukan lagi kerana sudah uzur, namun pahalanya tetap kita perolehi meskipun kita tidak lakukan. Contohnya semasa muda, sudah menjadi amalan atau budaya untuk bersolat jemaah atau menghadiri majlis ilmu di masjid. Tetapi apakan daya amalan itu tidak dapat dilakukan lagi semasa tua. Sungguhpun begitu pahala amalannya itu terus diperolehi walaupun kita tidak membuatnya.
Nabi Muhamad saw pernah berpesan supaya kita merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Di antaranya ialah beramal ketika muda sebelum datang masa tua. Masa muda ialah masa yang amat baik untuk beramal kerana ketika itu badan dan jiwa kita masih kuat. Jadi apabila sudah tua, amal yang kita buat akan terus mengalir walaupun kita tidak membuatnya. Masa muda ibarat masa me nana m dan tua ialah masa untuk kita tuai hasilnya.
Meskipun demikian kita seharusnya berdoa supaya tidak menjadi seorang tua yang tidak sedarkan diri. Semakin tua semakin menjadi. Umur sudah menjangkau 50 tetapi masih merasakan seolah-olah masih remaja. Usia sudah tua tapi berperangai macam orang muda.
Inilah yang kita takuti kerana hati kita mudah terbalik. Nabi pernah bersabda sekiranya umur sudah mencapai 2/3 (40 tahun) tetapi amal kejahatan lebih banyak daripada kebajikan, maka bersiap sedialah (gulung tikar bantal) untuk menempah tempat di neraka. Kita juga seharusnya berdoa supaya umur kita tidak terlalu panjang sehingga menjadi nyanyuk dan kembali seperti perangai bayi yang tidak dapat membezakan sesuatu.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu supaya hidupkan kami sekiranya ia baik bagi kami. Dan Engkau matikanlah kami sekiranya ia baik bagi kami. Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah Engkau berikan kepada kami. Ampunilah kami di atas kelemahan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul-khatimah dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah.

Akhirkanlah lisan kami dengan kalimah Lailahaillah, semoga Engkau masukkan kami di dalam golongan Abrar. Sepeninggalan kami kelak, ya Allah Engkau jadikanlah anak cucu kami sebagai pewaris Nabi yang menegakkan kalimah dan agamaMu di saat mana manusia telah banyak melupakanMu.



Akhirnya Ya Allah, berkatilah saki baki umur kami yang tinggal sedikit ini untuk berbakti kepadaMu dan Engkau redhailah kami menjadi hambaMu.
layout powered by HOTFreeLayouts.com / MyHotComments