Thursday, October 9, 2008

Sen di Le mah

Penulis dalam usia sebegini telah merasainya bahawa masalah otot dan sendi lemah ianya tidak terhad kepada golongan yang muda yang aktif sahaja malah terlibat dari golongan orang lama yang telah berusia sekitar lima puluhan “ apo nak di kato “ kerana ia turut berlaku pada bila-bila masa, apatah lagi dengan bantuan pelbagai peralatan moden seperti lif, kereta dan alat kawalan jauh, sehingga menyebabkan ramai mengamalkan kehidupan statik.


Malah, jika pergi ke pusat beli-belah, seboleh-bolehnya kita mahu meletakkan kenderaan betul-betul di depan pintu masuk supaya tidak perlu berjalan jauh. Ini antara senario biasa dalam hidup kita. Jika dihitung, agaknya kita hanya berjalan beberapa meter dalam sehari ke Pejabat tidak tahulah kalau pergi membeli-belah tempat yang ada nama. Begitu untuk pergi ke tempat ibadah seperti Masjid atau Surau kalau boleh kenderaan atau motor di letak betul-betul dekat Masjid atau Surau.


Namun di sebalik keselesaan ini, terselindung keburukan kerana otot dan sendi yang kurang digunakan akan menjadi lemah. Akibatnya, kita mudah mengalami masalah sakit sendi dan otot, walaupun hanya melakukan kerja atau aktiviti ringan.

Mungkin ramai tidak sedar, tetapi inilah masalah paling biasa dan dianggarkan setiap satu daripada empat orang mengalami sakit sendi setiap hari. Menurut perunding fisioterapi, pada peringkat usia 20-an, kebanyakan masalah sakit sendi dan otot berlaku pada lelaki disebabkan aktiviti lasak serta kecederaan sukan seperti pada lutut, buku lali dan bahu.


Dalam usia muda begini, masalah sakit sendi dan otot cepat hilang kerana tisu masih rancak menjalani proses pemulihan. Sengal sendi orang dewasa biasanya disebabkan kecederaan ligamen, bursa atau tendon yang mengelilingi sendi.


Menjelang usia 30-an, iaitu peringkat kebanyakan orang menjadi kurang aktif, kes sakit sendi, terutama leher dan belakang, semakin kerap berlaku, sama ada bagi lelaki atau wanita. Ia berpunca daripada perbuatan berulangkali pada kedudukan statik dan tidak banyak bergerak contohnya terlalu lama di depan komputer, menyebabkan ramai mengadu mengalami sakit bahu dan lenguh belakang.


Pada usia 40-an pula, masalah sakit leher dan belakang lebih banyak berlaku pada wanita yang disebabkan tekanan kerja dan keluarga. Jika kesakitan dialami ketika berusia 30-an dulu tidak diatasi, gejalanya akan menjadi lebih seri us apabila usia meningkat, apatah lagi jika mengamalkan gaya hidup tidak aktif dan kurang bersenam.


Apabila usia seseorang itu meningkat ke 50 atau 60 tahun, otot dan sendi menjadi lebih lemah akibat proses penuaan dan kecederaan silam. Otot dan sendi adalah tisu hidup yang boleh dikuatkan semula melalui senaman, tidak kira berapapun usia seseorang. Bagi orang tua atau orang lama, aktiviti seperti berjalan perlahan juga boleh membantu menguatkan sendi mereka. Kalau anda kurang percaya tunggu dan rasakan selepas usia anda keperingkat ini pengalaman mengajar ertinya perkara tersebut.


Menurut pakar perubatan katanya : “Ramai anggap mereka perlu pergi ke gimnasium untuk menguatkan sendi. Ini kurang tepat kerana sambil dudukpun kita boleh membuat latihan sendi, iaitu dengan menggerakkan kaki dan tangan. Otot dan sendi akan memberikan gerak balas positif jika senaman dilakukan dengan betul.


“Jika masalah ini tidak dipedulikan, ia boleh meningkatkan risiko keretakan tulang dan menghadkan pergerakan seseorang apabila berusia 70 atau 80 tahun yang lebih kerap berlaku pada kaum wanita. Sedihnya ketika usia ini tindak balas badan terhadap ubat dan senaman lambat yang mungkin disebabkan masalah kesihatan lain” .


Justeru, sakit otot dan sendi tidak boleh dipandang ringan. Dapatkan bantuan pakar seawal mungkin supaya kesakitan tidak berlarutan sehingga boleh menjejaskan pergerakan atau aktiviti harian. Kata pakar perubatan, pengambilan ubat perlu disertakan dengan latihan fisioterapi. Pengurusan sakit otot dan sendi dibahagikan kepada tiga peringkat.


Peringkat pertama ialah fasa akut (tiga hari pertama sehingga dua minggu selepas sendi sakit). Ketika ini tisu otot dan sendi mengalami keradangan, menyebabkan ia bengkak dan sakit. Kesakitan boleh diredakan dengan pengambilan ubat tahan sakit seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDS). Jika tisu lembut terkoyak teruk, pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan.

Peringkat kedua iaitu fasa sub-akut (hari ketiga hingga 12 minggu), badan mula menghasilkan tisu baru, kesakitan atau bengkak mula men yus ut dan inilah masa terbaik melakukan latihan fisioterapi. Namun jika kesakitan berterusan sehingga melebihi tiga bulan, ini menandakan otot atau sendi mengalami keradangan berlanjutan dan perlu mendapat rawatan sewajarnya bagi mengelakkan tisu berparut, ketegangan dan kesakitan.


Mungkin khidmat pakar pemakanan dan psikologi diperlukan bagi membantu pesakit. Perunding Kanan Jabatan Perubatan berkata soal selidik ke atas 5,206 responden pada 2003 mendapati, satu daripada lima orang mengadu mengalami sakit lutut berpanjangan, dengan 78.6 peratus mengambil ubat tahan sakit (analgesik) dalam tempoh enam bulan lalu. Daripada jumlah ini, 18.1 peratus mengambil ubat tanpa tahu nama ubat dimakan.


“Masalah sakit sendi paling biasa ialah osteoartritis, terutama golongan tua, dan kebanyakannya mengambil ubat NSAIDs, COX II dan parasetamol untuk hilangkan rasa sakit. Parasetamol mungkin kurang popular kerana ia perlu diambil empat kali sehari walaupun ia mampu memberi kelegaan,” katanya pada pelancaran Panadol Extend.


Kajian terhadap parasetamol berformula baru dengan kandungan 665 miligram satu tablet didapati mampu memberi kelegaan selama lapan jam kepada 25 pesakit osteoartritis dengan usia purata 58.5 tahun, mengalami ketegangan otot pada waktu pagi kurang 30 minit yang menghidap masalah itu melebihi dua tahun.

Diberikan parasetamol tiga kali sehari, responden menunjukkan perubahan positif selepas seminggu dan pergerakan kaki lebih baik pada minggu keempat. Mereka boleh naik turun tangga, menaiki kenderaan dan menggunakan tandas tanpa masalah serta tidak mengalami kesan sampingan.


Menurur pakar perubatan katanya : “Parasetamol berformula baru tidak saling bertindak dengan ubat lain. Ia selamat dan memudahkan pesakit kerana memberi kelegaan lapan jam atau tiga kali sehari bagi perlindungan sepanjang hari. Ia juga boleh diambil tanpa makan terlebih dahulu, tidak menyebabkan ketagihan atau kerosakan hati,”


Parasetamol berformula baru ini juga boleh diambil bagi melegakan sakit perut akibat senggugut, sakit kepala, pening disebabkan demam dan selesema, sakit gigi dan kesakitan selepas prosedur pergigian. Bagaimanapun, disarankan individu yang mengalami kesakitan secara tiba-tiba dan tidak kebah dengan pengambilan parasetamol mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengesahkan masalah.


Pesakit tidak harus bergantung semata-mata kepada ubat tahan sakit ia ada kesan sampingan pada organ dalaman seperti ginjal, jantung dan otak, tetapi menjadikan ia pemangkin untuk bergerak aktif dan menguatkan sendi serta otot semula yang secara perlahan-lahan mengurangkan kebergantungan terhadap ubat.




Bnb...............UPM

No comments:

layout powered by HOTFreeLayouts.com / MyHotComments